tenangnya..........jiwa....
ceriakan hidup anda.....
Jumaat, 10 Februari 2012
sorry semua..
sekarang kekeringan idea nak sambung BILA HATIKU KAU CURI. jadi, untuk sementara waktu, blog ni memang sunyi sepi la jawabnya. dan, saya akan sambung bila dah dapat idea kelak...waktunya..... tak tahu lagi, bila....
terima kasih semua....
Jumaat, 27 Januari 2012
Pengorbanan 22
“Abang, tolong pegang Ikhwan sekejap. Nak ikat rambut ni,” Mia menyerahkan Ikhwan pada suaminya. Althaf tersenyum senang.
“Sayang anak papa. Dah menyusu?” Soalnya perlahan sambil mengagah anak kecil itu.
“Kuat menyusu betul anak abang tu.” Mia mengambil tempat disebelah Althaf. Althaf tersengih.
“Mestilah. Anak papa. Betulkan?” Mia mencebik dan mengambil tubuh kecil itu semula. Althaf tersenyum bangga melihat anaknya menyusu.
“Kuat betul si kecil ni menyusu. Macam tak minum sehari.” Althaf sentuh pipi comel anaknya. Mia geleng kepala. Ikhwan berhenti menyusu dan memandang ke arah Althaf.
“Kenapa anak abang ni comel sangat? Macam papanya.” Mia tergelak mendengar Althaf memuji diri sendiri. Ikhwan tersenyum.
“Wah!!! Tengok tu. Lesung pipit kat pipi dia. Macam abang punya.” Sekali lagi Mia geleng kepala.
“Jangan dia ikut perangai perasan abang sudahlah.” Mia berkata selamba. Ikhwan kembali menyusu tanpa menghiraukan papanya. Althaf tersengih.
“Lama lagi ke? Bila lagi giliran abang ni?” Althaf berbaring mengiring disebelah Mia sambil bermain dengan tangan halus milik anaknya.
“Abang janganlah ganggu dia. Nanti dia terjaga, abang juga yang susah.” Mia tersenyum nakal.
“Okey. Wan bagi peluang pada papa ye.” Ucapnya perlahan sambil mencium pipi gebu anaknya. Setelah yakin Ikhwan telah nyenyak tidur, Mia meletak Ikhwan ke dalam buaian.
“Sayang, cepatlah.” Althaf bersuara manja sambil menepuk tilam disebelahnya supaya Mia berbaring disitu. Mia geleng kepala. Sejak mereka berbaik semula, sikap romantik Althaf semakin menjadi-jadi. Sekarang, tanpa segan silu dia akan menunjukan rasa sayangnya di mana sahaja mereka berada. Kadangkala, naik rimas Mia dibuatnya.
“Mia, kalau Mia mengandung lagi, janji jangan tinggalkan abang ye. Abang tak sanggup tanggung rasa bersalah tu lagi. Melihat Mia pengsan dulu, hampir membuatkan jantung abang berhenti.” Mia angguk kepala. Althaf telah menceritakan semua yang terjadi sepanjang mereka tidak bersama.
“Abang, Kak Hasnah masih mengganggu abang?” Althaf yang ketika itu sedang leka mencium leher Mia menghentikan perbuatannya.
“Ye. Dia kata, dia akan pastikan hidup kita tak bahagia.” Mia mengeluh. Althaf peluk erat tubuh isterinya.
“Kenapa susah sangat kita nak bahagia?” Mia bertanya lirih. Althaf tersenyum.
“Kita tetap bahagia sekalipun sesiapa sahaja cuba menghalangnya. Kita ada restu dari Arwah Hana. Mia tak perlu risau. Berdoa pada Allah S.W.T supaya kita dapat mengharungi dugaan ini.” Mia angguk kepala.
“Mia cintakan abang.” Althaf tersenyum bahagia.
“Abang pun sama. Abang cintakan Mia dan anak-anak.” Mia tergelak halus bila terasa lehernya dikucup lembut oleh suaminya.
*******************
“Cepatlah sayang. Morning kiss abang mana?” Althaf merengek manja. Nia kerutkan dahi. Sikap papanya berubah. Dari seorang yang pendiam dan suka termenung, papanya berubah menjadi lelaki manja sejak kehadiran ibunya.
“Tak malulah papa ni.” Althaf mencebik bibir.
Dia tetap menunggu dengan sabar. Mia tersenyum mesra sambil tangannya memeluk erat tubuh kecil Ikhwan. Perlahan Mia menunduk lalu mencium pipi Nia.
“Terima kasih, ibu.” Mia tersenyum bangga. Kemudian, Nia pula mencium pipi Ikhwan.
“Comelnya adik Nia. Sayang Baby.” Mia tersengih bila matanya menangkap raut tak puas hati suaminya.
“Okey. Abang pergi dulu.” Althaf bersuara dalam nada merajuk dan bersedia untuk beredar. Mia tergelak kecil. Nia geleng kepala.
“Papa ni cepat merajuklah. Betulkan, Ibu? Macam budak-budak.” Althaf gigit bibir. Nia juga sudah pandai mengusiknya.
“Aahh....Kenapa perangai papa macam tu ye? Mengalahkan Ikhwan.” Mia turut sama mengena suaminya. Althaf terus mendiamkan diri.
“Okeylah. Nia, cepat. Dah lambat ni.” Althaf memanggil anaknya. Nia jungkit bahu dan berjalan mendahului papanya. Mia terus tersenyum. Sebaik sahaja Nia masuk ke dalam kereta, Althaf berpaling dan menghampiri Mia. Mia terus tersenyum.
“Kenapa pagi tadi tinggalkan abang macam tu, je. Tak bagi morning kiss pun.” Althaf bertanya manja. Mia terus tersenyum.
“Ala, abang ni, Mia kena jaga 3 orang budak-budak tau. Penatlah Mia macamni.” Althaf kerutkan dahi.
“3 orang budak? Siapa lagi? Alfi dah balik. Tinggal Nia dan Ikhwan. Siapa lagi budak sorang tu?” Mia geleng kepala. Althaf kalau dilayan, alamatnya, tak sampai ke sekolahlah, Nia dibuatnya.
“Abang ni. Mari sini,” Mia tarik tubuh suaminya sehingga terlindung dari pandangan Nia kemudian tanpa kata terus bibir suaminya dicium.
“Dah. Pergi kerja lagi. Dah lambat tu. Nanti anak dara awak tu merajuk pulak.” Mia terus tersenyum sambil menolak tubuh Althaf menuju ke kereta. Althaf tersengih panjang.
“Nak lagi la sayang. Bagi lama sikit. Yang tadi tu, sekejap je.”
“Dah..dah...jangan nak berlebih.” Althaf angguk kepala.
“Tapi abang belum cium sayang lagi. Sekejap ye,” Althaf mendekat dan terus mencium dahi Mia lama sekali.
“Abang sayang, Mia dan anak-anak kita.” Mia terharu mendengar ucapan tulus suaminya.
“Mia pun sayangkan abang dan anak-anak kita.” Mia menjawab tenang. Althaf melambai tangan pada isterinya. Mia membalas. Dalam hati, Mia mengucap syukur kerana diberi peluang untuk bahagia bersama Althaf. Althaf benar-benar mengotakan janjinya untuk membahagiakan mereka semua.
“Ya Allah ya Tuhanku, lindungilah keluargaku dimana sahaja kami berada. Jauhkan kami dari hasad dengki orang. Permudahkan segala urusan suamiku. Lindungilah dia dimana sahaja dia berada. Amin” Mia menutup pintu rumah dan berlalu ke buaian anaknya.
**********************
p/s : insyaAllah, kalau saya ada idea yg best, mungkin ada sambungannya...
Selasa, 17 Januari 2012
Pengorbanan 21
“Mia, maaf sebab tinggalkan kau seorang diri kat rumah. Aku..aku..” Erma menangis sambil menggenggam erat tangan Mia. Mia tersenyum lemah.
“Kau tak salah. Nak buat macamana kalau perkara ni nak jadi. Aku okey. Aku tak apa-apa. Jangan risau.” Mia usap tangan sahabatnya.
“Siapa yang hantar kau ke sini? Mana orang yang baik hati tu?” Mia geleng kepala.
“Aku tak tahu. Pihak hospital tak nak bagi tahu. Mereka cakap lelaki yang hantar aku ke sini dan dia suruh call kau.” Erma terdiam.
“Tapi, aku seperti dengar suara dia sebelum aku pengsan tadi.” Mia berkata perlahan.
“Siapa? Abang Al?” Mia angguk kepala.
“Aku rasa dia yang hantar. Aku dapat rasa yang dia memang dah tahu kau tinggal dengan aku dan dia selalu perhatikan kau selama ni. Cuma dia takut nak mendekati kau.” Mia gigit bibir. Ye. Mungkin Althaf sentiasa menjaganya dari jauh.
“Agaknya dia takut kau akan pergi lagi jauh kalau dia datang jumpa kau. Kasihan aku tengok korang berdua. Bila lagi korang nak bersatu ni? Tak sukalah macam ni. Aku nak kau bahagia.” Erma peluk erat sahabatnya itu.
“Belum tiba masanya. Doakan kebahagiaan aku ye?” Mia usap belakang Irma.
*************************************
“Termenung pulak. Mari makan. Aku dah sediakan lauk untuk kau,” Erma mengejutkan Mia dari lamunan. Mia mengesat airmata yang mengalir di pipi. Fikirannya melayang mengenangkan saat-saat terindah ketika bersama Althaf. Rindunya dia pada suaminya hanya Tuhan yang tahu.
“Sudah jangan dikenang kisah lalu tu. Sekarang kita akan jaga Ahmad Ikhwan ni dengan baik.” Irma memeluk bahu Mia. Mia tersenyum nipis.
“Ye. Sampai hati dia, kan. Sampai aku bersalin pun, dia tak nak jenguk aku.” Mia berkata perlahan.
“Apakata, kalau kau jumpa dia? Tanya pada dia, betul dia tak nak kat kau?” Mia mengeluh.
“Aku tak sanggup. Biarlah, kalau betul-betul dia dah buang aku dari hidup dia, biarlah masa yang menentukannya.” Mia kesat airmata yang tiba-tiba mengalir bila mengingatkan nasib diri. Sedang mereka asyik melayan perasaan, terdengar suara memberi salam diluar rumah. Perlahan Irma melangkah ke pintu.
“Assalammualaikum,” Mia dan Erma menyahut salam serentak. Irma menjenguk ke luar pintu. Dia terkejut bila melihat gerangan orang yang memberi salam itu.
“Siapa tu Irma?” Mia bertanya lemah sambil mendodoi Ahmad Ikhwan yang sedang menangis.
Perlahan langkahnya menghampiri Erma yang sudah tidak dapat bersuara lagi. Sebaik sahaja terpandang wajah-wajah yang dirinduinya itu, Mia hampir jatuh terduduk namun sempat disambut oleh tangan sasa milik lelaki yang saban malam mengganggu tidurnya.
“Mia, maafkan abang. Jangan tinggalkan abang lagi,” Althaf terus memeluk tubuh yang kaku itu. Mia tidak tahu apa yang patut dia buat. Hendak menangis atau ketawa gembira dengan permintaan itu. Datin Anis segera mengambil bayi yang di dukung oleh menantunya itu. Althaf mendukung tubuh Mia dan di bawa ke kerusi.
“Abang minta maaf sebab tidak datang awal. Abang takut, abang akan menyebabkan kita kehilangan anak kita. Abang serik dengan kejadian dulu tu, sebab itu abang tak datang jumpa Mia. Abang hanya berani tengok dari jauh.” Althaf memujuk isterinya.
Namun Mia hanya terus mendiamkan diri. Baru sebentar tadi mereka berbicara tentang lelaki itu, kini Althaf berada dihadapan matanya. Mia jadi keliru.
“Mia, cakaplah sesuatu. Maafkan abang ye. Abang janji tak kan abaikan Mia lagi, dan kita jaga sama-sama anak-anak kita,” Mia tunduk. Sebahagian hatinya memang menginginkan Althaf kembali padanya, sebahagianya lagi, dia takut untuk kecewa sekali lagi.
“Ibu,” Mia mendongak memandang wajah comel itu. Pantas tubuh kecil itu di peluknya.
“Nia. Nia, ibu rindu sangat pada Nia,” Mia mencium segenap wajah Nia.
“Nia pun rindu juga. Ibu baliklah ye. Nia janji, Nia tak kan nakal lagi. Abah pun dah tak sayangkan Nia, abah kata Nia yang sebabkan ibu tinggalkan kami,” Mia semakin sedih.
“Bukan salah Nia, salah ibu. Maafkan ibu ye,” Suasana di rumah batu itu penuh dengan tangisan.
“Mia, baliklah. Ayah dan mak nak minta maaf, sebab bertindak terburu-buru dulu. Terimalah Althaf kembali, dia begitu cintakan kamu. Dan kami sudah tahu apa yang terjadi. Mulia sungguh hati anak ayah ni,” Mia memeluk kedua-dua ibu dan bapanya.
“Baliklah kepangkuan suami kamu. Tempat seorang isteri adalah bersama suami,” Pujuk ibunya lembut. Mia memandang wajah kesal suaminya. Perlahan dia berdiri dan memandang wajah sedih suaminya. Althaf pula menghampiri isterinya lalu memeluk erat tubuh kurus isterinya.
“Maafkan abang. Abang janji hanya Mia seorang dalam hati abang,” Mia membalas pelukan suaminya.
“Tidak. Mia bukanlah perempuan yang tamak. Mia tidak melarang jika abang ingin mengingati arwah Hana. Kerana dia kita bersama. Jangan buang namanya terus dari hati abang. Mia juga ingin minta maaf,” Althaf mencium dahi Mia dengan lembut.
“Terima kasih, Mia. Mia tak perlu minta maaf, Mia tak salah. Abang yang bersalah. Kita bina hidup baru ye. Bersama baby kita ni. Siapa namanya?” Mia tersenyum manis. Hilang segala duka dihatinya. Dalam hatinya tidak sedikitpun menyimpan dendam pada suaminya.
“Ahmad Ikhwan,” Ucapnya lembut. Mereka sama-sama merenung bayi mereka yang sedang dikendong oleh Datin Anis.
“Abang suka. Maafkan abang kerana tidak bersama sayang ketika menghadapi saat susah itu,” Althaf memeluk erat tubuh isterinya tanpa mempedulikan mata ramai yang memandang. ‘Aku harap keputusanku ini tidak sia-sia. Ya Allah, tolonglah aku dalam menempuhi dugaan. Dan panjangkan jodoh kami,’ Mia berdoa di dalam hati.
************************
“Erma, jemputlah masuk.” Erma angguk kepala. Sudah seminggu Mia kembali ke rumah besar itu barulah Erma berkesempatan melawat temannya. Itu pun kerana ada majlis cukur jambul. Kalau tidak, entah bilalah sahabatnya itu akan menjenguknya.
“Aku rindu betullah kat kau,” Mia peluk lagi tubuh sahabatnya.
“Eleh...baru seminggu berjauhan dah rindu kat aku?” Erma tolak dahi Mia perlahan. Ketika itu mereka berada di dalam bilik.
“Bagaimana? Dia layan kau dengan baik?” Mia angguk kepala.
“Terima kasih sebab sudi jaga aku masa aku susah. Kalau kau takde, tak tahu apa yang terjadi kat aku.” Erma tersenyum.
“Mia dah siap? Cepatlah, mereka dah panggil tu.” Mia dan Erma berpaling ke pintu bilik.
“Okey. Tolong bawa Ikhwan dulu,” Mia menyerahkan Ikhwan pada Erma namun sempat dihalang oleh Althaf.
“Biar abang yang bawa Ikhwan. Erma temankan Mia, boleh?” Irma angguk kepala.
“Boleh.” Mereka menuruni tangga dengan berhati-hati. Erma terpaku bila terpandang seraut wajah yang dia kenal.
“Mia, er... siapa lelaki pakai baju melayu warna merah hati tu?” Mia meliar mencari siapa yang dimaksudkan oleh Erma. Mia tersenyum.
“Owh!! Itu. Itulah adik Abang Al. Yang belajar kat luar negeri dan kahwin dengan orang sana tu,” Erma angguk kepala.
“Ye?” Dalam hati Erma tergelak. Kecilnya dunia. Asraf juga turut sama memandangnya. Mereka sempat berbalas senyum.
“Kau berkenan? Tapi, dia duda beranak satu.” Mia berbisik ke telinga Erma. Wajah Erma merona merah.
“Merepeklah kau ni.” Mia tergelak halus.
“Kenapa? Kau tak nak sebab dia duda?” Erma mencebik. Pantas lengan Mia dicubitnya.
“Aduh!! Apa ni. Mendera orang. Aku bagitahu laki. Biar padan muka kau,” Erma buat muka selamba.
“Tahulah kau dah berbaik dengan laki kau. Cubit sikit dah nak mengadu.” Mia tersengih.
Sebaik sahaja sampai di tingkat bawah, orang ramai sudah bersedia untuk majlis cukur jambul. Mia tersenyum melihat telatah Althaf yang agak kekok mengendong anak mereka. Sementara itu, Asraf pula membawa dulang.
“Hai.. rasa macam pernah jumpa?” Irma tersenyum.
“Ye. Kat mana ye?” Erma pula bertanya.
“Aunty,” Mereka berpaling bila mendengar suara halus memanggil Erma. Erma tersentak bila tubuhnya dipeluk erat oleh seorang kanak-kanak.
“Aunty, mari jumpa nenek saya.” Erma kerutkan dahi namun mengekori langkah Alfi. Ketika itu, para jemputan sudah beransur pulang.
“Nenek, inilah aunty cantik tu,” Erma tersenyum senang pada wanita separuh abad yang sedang memerhati wajahnya.
“Apa khabar Mak cik.” Datin Anis tersenyum saat terpandang wajah Erma.
“Erma?” Erma angguk kepala.
“Mama kenal dia?” Asraf bertanya pada mamanya.
“Mestilah mama kenal. Dia ni kawan baik arwah Hana dan juga kawan Mia yang jaga Mia selama ni,” Asraf terkejut.
“Jadi, kawan yang awak maksudkan hari tu, Mia?” Erma angguk kepala.
“Macamana kamu berdua boleh kenal?” Asraf dan Erma tersenyum.
“Kami terserempak kat Mall hari tu.”
“Owh macam tu rupanya. Hari yang Alfi beria-ia bercerita tentang aunty cantik tu ye?” Asraf angguk kepala.
“Erma bermalam je kat sini. Temankan Mia dulu. Esok Erma kerja?” Erma geleng kepala.
“Takpelah mak cik. Saya tak bawa baju pun.” Datin Anis genggam tangan Erma.
“Pinjam baju Mia. Saiz kamu sama je, mak cik tengok.”
“Err....takpelah.” Erma masih juga menolak.
“Ala, macamlah tak biasa pakai baju aku. Aku tak kira, ni Ikhwan dan rindu kat mummy dia.” Erma mencebik.
“Bila masa pulak aku jadi mummy dia?” Datin Anis geleng kepala melihat keakraban Erma dan Mia.
“Mummy angkatlah.” Erma tergelak.
“Meh sini. Aku tolong bawak.” Mia menyerahkan Ikhwan pada Erma.
“Kau nak jadi biras aku tak?” Erma kerutkan dahi.
“Merepek je kau ni.”
“Kalau kau nak, nanti aku cakap kat mama. Dia tentu gembira kalau kau jadi menantunya.”
“Berangan tak sudah.”
“Itu macam lagu Jay Jay, je.” Mia masih giat mengusik sahabatnya.
“Apa yang buat sayang gembira sangat ni?” Mia tersenyum manis pada suaminya.
“Erma berkenan dengan Asraf,”
“Aduh!!! Sakitlah.”
“Betulke? Nanti abang cakap pada Asraf. Rasanya semalam, dia ada cakap minta tolong abang carikah calon untuk dia.” Wajah Erma merona merah.
“Sesuai sangatlah tu.” Mia tergelak bila melihat wajah pucat sahabatnya.
“Asraf, sini kejap.”
“Ehhh...Abang Al, tak payahlah.” Erma menahan namun Althaf terlebih dahulu bersuara. Erma gigit bibir. Geram melihat Mia tergelak sakan disebelahnya. Asraf menghampiri mereka.
“Ada apa, bang?” Soalnya sebaik sahaja menghampiri abangnya. Dia melemparkan senyum pada gadis yang tersipu malu disebelah kakak iparnya.
“Kalau abang cakap ada orang berkenan dengan kau, kau nak terima dia tak?” Asraf kerutkan kening.
“Berkenan dekat saya?” Soalnya pelik.
“Kau kan nak cari calon isteri. Abang ada calon yang sesuai,” Wajah Asraf sama merona merah.
“Err....Siapa yang berkenan dengan duda macam saya ni, bang,” Asraf merendah diri. Erma gigit bibir.
“Abang lagi teruk. Masa kahwin dengan Mia, abang ni suami orang. Mia tetap terima abang.” Althaf peluk bahu Mia. Erma pula masih menunduk kepalanya sambil bermain dengan anak kecil itu.
“Alfi suka tak kalau Aunty cantik ni jadi mama Alfi?”
“Mama Alfi? Papa, boleh tak?” Alfi bertanya teruja. Erma menjeling tajam pada sahabatnya. Mia tersenyum penuh makna.
“Kena tanya aunty tu. Kalau dia sudi terima papa, papa okey je,” Asraf tergelak kecil bila Erma menjeling tajam padanya. Sedikit sebanyak dia dapat rasakan Erma menyukainya.
“Aunty, sudi tak jadi mama Alfi?”
“Wah!! Bertuah punya anak. Nak melamar orang jadi isteri dia, dia suruh anak dia meminang pulak,” Mereka semua tergelak mendengar suara Datin Anis yang tiba-tiba menyampuk. Erma tersipu malu.
“Sudi tak?” Mia pula bertanya. Erma gigit bibir.
“Diam tanda setuju,” Erma angkat muka dan membalas renungan Asraf.
“Ehemm... Mama, lebih baik kita sediakan barang hantaran untuk meminang Erma.” Mia masih giat mengusik temannya.
“Mia tahu tak alamat rumah keluarga Erma ni?” Mia angguk kepala.
“Nanti saya kirim email pada mereka. Kalau mereka tahu Erma nak kahwin, tentu mereka balik terus ke Malaysia.” Mia ceria sekali melihat senyum kecil terlukis dibibir Erma.
“Owh... Mereka kat mana sekarang ni?”
“Mereka kat Australia. Mereka mengusahakan Syarikat Penyembelihan kat sana.” Erma menjawab perlahan. Mereka semua bertepuk tangan. Erma kerutkan dahi.
“Kenapa?” Soalnya pelik. Dia salah cakap ke?
“Jadi, Erma setuju terima Asraf jadi suami?” Erma gigit bibir. Alamak!!!
“Tahniah As.” Althaf tepuk bahu adiknya. Asraf tersenyum lega.
“Tahniah Erma,” Mia pula memeluk sahabatnya.
“Alhamdulillah. Kali ni, mama nak buat majlis besar-besaran. Al dan Mia pun kena bersanding jugak. Dulu, kamu berkahwin kita tak buat majlis. Kali ni, mama nak buat majlis besar-besaran.”
“Ehhh...Apa pulak Mia kena bersanding jugak. Seganlah mama.” Mia menolak.
“Apa pulak nak dimalukan. Mak dan ayah pun teringin nak tengok anak perempuan kami bersanding,” Althaf tersenyum.
“Yelah. Abang pun dah lama tak naik pelamin ni. Teringin nak naik pelamin lagi.” Mia cubit paha suaminya.
“Gatal,” Mereka tergelak.
“Gatal apa pulak. Walaupun kita dah kahwin, tapi, satu pun takde gambar kahwin.” Mia geleng kepala. Althaf peluk bahu isterinya. Mia pukul pipi suaminya.
“Nakal.”
**************************
tinggal 1 bab lagi....oleh kerana kekeringan idea, ini je yang mampu saya hasilkan...huhuhuhuhu
Isnin, 9 Januari 2012
Bila Hatiku Kau Curi 10
4 tahun berlalu...
“En.Hanif, Datuk Razman panggil.” Anip angkat muka memandang wajah gadis yang memanggilnya sebentar tadi. Berkat usahanya yang tidak mengenal lelah, dia akhirnya berjaya memegang segulung Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dan sekarnag dia menjadi Arkitek yang berjaya dan disenangi orang-orang sekelilingnya.
“Okey. Sekejap.” Anip menyerahkan pelan ditangannya kepada pekerja-pekerja ditapak pembinaan tersebut. Mereka mendapat projek membangunkan masjid di sebuah kampung yang terletak agak jauh dari pusat bandar.
“Assalammualaikum, Datuk,” Anip menyalami tangan lelaki tua tersebut.
“Kamu dah makan?” Anip geleng kepala.
“Belum. Ingat nak pergi makan dengan mereka di tapak pembinaan tadi.” Anip duduk disebelah Datuk Razman.
“Awak temankan saya. Saya pun belum makan lagi ni.” Anip angguk kepala.
“Nak saya drive?” Anip menawarkan diri untuk memandu memandangkan Datuk Razman kelihatan letih.
“Boleh juga. Nak makan kat mana?” Anip kerutkan dahi.
“Datuk nak makan apa?” Anip bertanya sambil menukar gear.
“Teringin nak makan nasi kampung. Kita cari warong kat kampung ni je.” Anip angguk kepala. Perlahan kereta menyusuri laluan kampung. Mereka singgah di sebuah warong.
“Encik nak makan apa?” Anip tersenyum pada anak muda yang mengambil pesanan tersebut.
“Sekejap ye. Saya tunggu tuan saya datang.” Anip tersenyum memandang ke arah Datuk Razman yang baru keluar dari tandas. Sebaik sahaja datang tadi, dia terus hendak ke tandas.
“Datuk nak makan apa?” Sebaik sahaja Datuk Razman duduk, Anip terus bertanya.
“Apa yang ada?” Dia bertanya pada pelayan tersebut.
“Ikan keli masak lemak. Ulam-ulaman ada jugak. Lepas tu, sayur keladi masak cili api. Nasi goreng kampung.ermm...” Pemuda tersebut terdiam seketika.
“Tunggu sekejap ye. Saya tanya kat tukang masak dulu. Ataupun, kalau Encik nak, boleh tengok kat sana. Lauk pauk ada kat sana. Saya tak tahu sangat nama lauk-pauk tu,” Dia tersengih. Anip turut sama tersengih.
“Datuk nak saya ambilkan?” Datuk Razman geleng kepala.
“Takpe. Saya sendiri pergi ambil.” Mereka berdua berdiri serentak.
“Encik nak minum air apa?” Mereka berdua memandang wajah anak muda tersebut.
“Saya kopi tarik kurang manis.” Datuk Razman menjawab.
“Saya pun sama.” Mereka berdua menghampiri tempat lauk-pauk yang disediakan. Semuanya masakan kampung. Terliur Anip dibuatnya.
Setelah menjamu selera, Anip dan Datuk Razman beredar untuk mencari surau. Ketika mereka melintasi kawasan sekolah, Anip terpandang seseorang yang dikenalinya. Wajah yang sudah lama bertahta dihatinya. Tetapi Anip kecewa bila melihat seorang pemuda menghampiri gadis tersebut dan mereka bergelak ketawa seketika.
“Kenapa Anip?” Anip tersentak bila bahunya disentuh perlahan oleh Datuk Razman.
“Tak ada apa-apa, Datuk.” Dia menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya.
“Anip bila nak kahwin ni?” Anip tersentak mendengar soalan dari Datuk Razman. Dia hanya mampu tersengih.
“Belum sampai seru, Datuk. Lagipun, saya masih belum jumpa ayah kandung saya.” Datuk Razman angguk kepala. Dia tahu serba sedikit tentang kisah hidup Anip. Anip sudah lama bekerja dengannya. Begitu gigih dia melakukan kerja yang diarahkan. Atas kesungguhan Anip itu, dia menanggung semua perbelanjaan Anip untuk menyambung pengajiannya. Walaupun, dibenarkan menyambung belajar di Universiti, Anip menolak dengan alasan dia lebih suka belajar sambil bekerja.
“Kenapa tak iklankan dalam surat khabar?” Anip tersengih.
“Tak mengapa datuk. Saya tak nak orang tahu tentang niat saya tu. Saya takut, jika dia sudah berkeluarga, mungkin keluarga barunya tidak dapat menerima berita tersebut.” Datuk Razman angguk kepala.
“Kalau macam tu, awak serahkan pada saya. Nanti saya suruh budak-budak saya cari untuk awak.” Anip pandang wajah Datuk Razman.
“Betul? Terima kasih Datuk,” Anip mengucap syukur bila melihat Datuk Razman mengangguk kepala.
“Ehh...Anip, hati-hati..”
Bummmm....
Anip panik. Pantas brek ditekan. Gear dilepaskan kemudian enjin kereta dimatikan. Dia terus keluar melihat gerangan yang dilanggarnya sebentar tadi. Nasib baik dia tidak memandu laju memandangkan dia berada di kawasan kampung.
“Cik tak apa-apa?” Soalnya cemas. Pada masa itu, gadis bertudung yang dilanggarnya angkat muka. Mereka sama-sama tergamam bila mata bertentang mata.
“Hani? Nur Hani Atirah,” Anip bersuara perlahan. Walaupun Hani sudah mengenakan tudung, namun Anip masih dapat mengecam wajah cantik itu.
“Maaf, saya tak kenal awak.” Gadis tersebut terus berlalu dengan basikal yang sudah terlepas rantainya.
“Hani, tunggu.. abang tahu, Awak Hani,kan?” Anip terus mengejar gadis tersebut.
“Awak ni siapa? Saya bukan adik awak. Saya tak apa-apa, jadi tinggalkan saya.” Anip menghentikan langkahnya. Dia mengeluh. Mungkinkah Hani masih marah padanya. Ataupun, Hani sudah melupakannya. Perlahan Anip kembali ke kereta. Dia terlupa bahawa dia tidak berseorangan.
“Anip, siapa tu?” Anip pandang wajah ingin tahu Datuk Razman. Namun Anip tiada kekuatan untuk menjawab.
“Kalau awak nak kejar dia, kejarlah. Semantara belum jauh tu. Nanti, bila nak balik, Anip call saya.” Anip pandang wajah Datuk Razman.
“Boleh?” Datuk Razman angguk kepala.
“Kalau nak bermalam disini pun, boleh. Esok kan cuti.” Anip tersenyum lebar. Tapi, dia bingung, apa yang Hani buat disini? Betulke gadis tadi tu Hani?
“Tapi, Datuk, kalau dia bukan orang yang saya kenal?” Anip bertanya bodoh.
“Cuba untuk mengenalinya? Dah. Nanti semakin jauh dia berjalan. Nampak macam kaki dia terseliuh tu.” Anip memandang lagi ke arah gadis yang sedang berjalan tempang sambil menyorong basikalnya.
“Okey. Saya pergi dulu. Terima kasih Datuk.” Anip terus berlari mengejar gadis tersebut.
“Apa awak nak buat ni?” Gadis tersebut melenting bila Anip membantunya menyorong basikal.
“Saya nak tolong awak. Apa kata awak naik atas ni, nanti saya tolong tolak?” Anip berkata selamba. Wajah masam itu ditatap sayu. Rindunya pada wajah gadis dihadapannya itu. 4 tahun sudah berlalu, namun wajah itu masih segar diingatan.
“Apa awak merepek ni?” Gadis tersebut menjeling tajam wajah Anip yang selamba menarik basikalnya.
“Hani, siapa tu?” Hani gigit bibir mendengar soalan dari sepupunya.
“Entah.” Jawabnya kasar. Anip tergelak halus. Perangai masih tak berubah. Kuat merajuk.
“Errr..Encik siapa?” Anip tersenyum memandang wajah gadis yang menyapanya sebentar tadi.
“Saya Anip. Bekas anak murid ayah Hani.” Gadis tersebut angguk kepala.
“Saya Yatika. Panggil Tika. Ini sepupu saya.” Anip angguk kepala.
“Ehhh...Kalau kau nak berborak, kau tunggu lah kat sini. Aku nak balik.” Anip pandang wajah masam tersebut.
“Errr..Tika...boleh hantarkan Hani ke rumah dia tak? Kaki dia terseliuh tu.” Yatika pandang ke arah sepupunya. Kemudian dia memandang semula pada lelaki yang begitu mengambil berat tentang sepupunya. Apa hubungan mereka ni? Sejak bila Hani ada kekasih? Yatika garu kepala yang tidak gatal.
“Maaflah. Saya kena ke kedai. Malam ni ada majlis doa selamat rumah Hani. Dia baru habis belajar. Nanti bising pula Mak Ngah kalau tak nampak barang yang dia pesan tadi.” Anip terdiam.
“Kasihan pulak tengok dia berjalan macam tu. Kalau naik basikal, takut pulak jatuh dalam parit tu.” Anip bersuara perlahan sambil merenung belas wajah Hani yang masam mencuka ketika itu. Yatika tergelak.
“Kalau macam tu, awak bawak motor ni. Biar saya guna basikal tu.” Anip tersenyum lebar mendengar cadangan bernas sepupu Hani itu. Setelah membantu Yatika memasang kembali rantai basikal tersebut, Anip menghampiri Hani.
“Tika, aku tak nak naik motor tu dengan dia.” Hani membantah. Sakit hatinya bila melihat senyum dibibir Anip. Yatika membeliakkan matanya.
“Dah sakit-sakit macam tu masih juga nak membantah.” Yatika membeliakkan matanya pada Hani.
“Malas nak layan kau. Nak panggil apa ye. Panggil Abang Anip boleh?” Anip angguk kepala.
“Boleh.”
“Abang Anip bawa dia balik. Rumah dia tak jauh dari surau. Kalau Abang nampak ada bangsal depan rumah dia, itulah rumahnya. Itupun, kalau dia tak nak bagi tahu, abang boleh bawak dia pergi terus ke rumah Tok Imam kat sebelah surau tu.” Yatika tersengih melihat muncung Hani semakin panjang. Dia hairan melihat gelagat sepupunya itu. Nampak macam mereka sangat rapat. Siapa agaknya lelaki itu dalam hati Hani.
“Terima kasih. Hani cepatlah naik.” Hani mengeluh. Kalau ikutkan hati yang tengah marah ni, memang dia belasah cukup-cukup lelaki dihadapannya itu. Tetapi kesakitan di buku lalinya menghalang dia untuk membuat onar. Ketika naik atas motorsikal, Hani mencengkam dengan kuat bahu Anip membuatkan Anip menjerit kuat.
“Aduh!!! Sakitnya. Ganas betul anak dara Cikgu Hamdan ni.” Usiknya. Hani sedikitpun tidak menunjukan riaksi untuk membalas usikannya. Dari jauh Anip sudah ternampak Surau dan sebuah rumah yang terdapat khemah dihalamannya. Namun dia sengaja buat tidak nampak. Ketika hendak melimpasi Surau, Anip mengaduh kesakitan bila belakangnya dipukul kuat oleh Hani.
“Kenapa?” Soalnya setelah menghentikan motorsikal dihadapan Surau.
“Kat situ.” Hani menunding jari ke arah rumahnya. Anip angguk kepala. Dalam hati dia tersenyum lebar. ‘Ingatkan tak nak bercakap tadi,’ Bisiknya dalam hati.
“Hani kenapa ni?” Cikgu Hanis menyapa anaknya yang berjalan terhincut-hincut menaiki tangga. Pandangannya terhala ke halaman rumah. Lama wajah pemuda tersebut di renung.
“Anip? Hanif Izzudin?” Anip berpaling bila namanya dipanggil. Melihat wajah Cikgu Hanis membuatkan Anip tersenyum lebar.
“Apa khabar Cikgu? Cikgu Hamdan mana?” Anip bertanya setelah menghampiri Cikgu Hanis.
“Dia ke pekan. Sekejap lagi dia balik. Ehh...jemputlah naik. Panjang umur kamu. Akhirnya berjumpa juga kita.” Anip angguk kepala.
*****************
salam, maaf sebab lmbt masukkan n3 terbaru..kekeringan idea..huhu